FOLLOWERS

Thursday, November 21, 2013

AKU YANG BERDOSA BAB 6






Datuk Khalil mundar-mandir dalam biliknya. Dari tadi dia menunggu Aidil. Sudah dua hari Aidil ditugaskan untuk menyiasat tentang lelaki yang mengugutnya. Hingga sekarang tidak ada sebarang berita.

“Masuk!” gesa Dato Khalil segera bila mendengar ketukan. Dia pasti itu Aidil. Dia berharap Aidil akan membawa perkhabaran gembira untuknya. Selama ini kerja Aidil tidak pernah mengecewakan. 

“Dato!” sapa Aidil dengan wajah kelat. Dia menyorong kerusi di depan Dato Khalil. Dato Khalil memandang Aidil tidak sabar mahu mengetahui berita yang akan di khabarkan padanya nanti.

“Macam mana?” Terdengar Aidil mengeluh lemah. Di lihat Aidil menggeleng beberapa kali. Hampa. Putus harapan Dato Khalil untuk mendengar berita gembira. Kali kedua Aidil mengecewakannya.

“Maaf Dato, kali ini musuh Dato terlalu licik. Susah bagi saya dan orang-orang saya untuk mengesannya.

“Damn! Sia-sia aku bayar kau beribu, kerja senang macam ini pun kau tak boleh nak handle atau kau memang tak boleh buat?” Dato Khalil meradang sambil menumbuk meja. Membuatkan Aidil terkejut dan tertelan air liur, gentar kerana ketakutan.

“Takkan tak ada dapat apa-apa info siapa lelaki itu?”

Aidil mengeleng sekali lagi. Dato Khalil bangkit semula. ‘Siapa? Siapa lelaki itu yang berani mengugutnya’ ternyata musuhnya kali ini cukup licik dan berbahaya. Aidil yang secekap ini pun dapat dia elak dari di jejak.

“Aku tak kira Aidil sebelum minggu ini kau mesti cari tahu siapa lelaki itu! Aku mahu kau cari dia sampai dapat. Biar berapa perbelanjaannya aku akan tanggung,” arah Dato Khalil penuh khuatir. Jika gambar anaknya dan dia itu diekspotasi pasti maruahnya dan keluarga akan ditertawakan. Belum sempat kemarahan Dato Khalil reda, satu ketukan kedengaran dipintunya. Kedua-duanya menoleh serentak.

“Ada apa?” Setiausahanya kaget sebentar. Wajahnya pucat melihat wajah begis majikannya. Dia sudah tersilap masa untuk menemui Dato Khalil ketika ini.

“Maaf Dato, ini ada sepucuk sampul surat tak bernama dan bersetem untuk Dato,” ujar setiausaha Dato Khalil, dengan tangan yang sedikit menggigil setiausaha Dato Khalil meletakkan sampul surat kosong itu di atas meja. Melihat kehadiran Aidil, dia tahu pasti angin Dato Khalil kurang baik. Silap-silap lagi lama dia berdiri di dalam bilik itu akan menerima tempiasnya.

“Awak boleh keluar sekarang!” gesa Dato Khalil dengan suara tinggi sedikit biarpun dia tidak berniat untuk menakutkan setiausahanya itu.

Dibeleknya sampul surat kosong itu. “Siapa pulak yang hantar sampul surat kosong macam ini?” Dato Khalil bertanya pada dirinya sendiri. Tiba-tiba hatinya merasa sesuatu yang tidak kena dengan sampul surat tersebut. Sampul surat ini seperti sama dengan sampul surat yang di terimanya tempohari yang mengandungi gambar-gambar Mawar. Dia pasti ini pasti dari lelaki itu. Dengan penuh resah Dato Khalil membuka sampul surat itu perlahan-lahan. Aidil melihat reaksi tersebut turut menanti dengan penuh sabar.

“Tak guna!” Dato Khalil memejam matanya rapat-rapat sambil menghempaskan gambar-gambar yang ada di tangannya sebentar tadi ke depan Aidil. Aidil yang melihat seperti merasa darah di dalam badannya tidak mengepam ketika ini melihat kemarahan Dato Khalil yang tidak terkawal. Dia merasakan bukan Mawar sahaja yang bodoh, kini dirinya sendiri terasa demikian.

“Kenapa Dato?”

“Kenapa kau tanya aku? Cuba kau lihat itu?” tunjuk Dato Khalil kepada Aidil yang berselerak di atas mejanya kini.

“What?” Aidil melompong. Nampaknya musuh baru Dato Khalil seperti memberi amaran, dia ingat bukan setakat gambar Mawar, kini gambar Dato Khalil bersama perempuan simpanannya pula yang menjadi mangsa. Kemesraan Dato Khalil dan perempuan simpanannya sedang berpelukan didepan pintu kondominium mewah itu lebih berharga dari gambar-gambar Mawar kepada wartawan atau pesaing perniagaan Dato Khalil.

“Aku nak kau siasat walaupun siapa lelaki itu, aku yakin dia memang berani mencabar aku. Aku tak mahu kau pandang rendah tentang kemampuan dia. Jika kau melihat gambar-gambar tu, dia memang seorang yang nekad.

“Saya faham Dato. Saya janji  saya tidak akan berhenti selagi saya tidak menemui siapa lelaki itu. Saya janji.” Ikar Aidil pada Dato Khalil.

Dato Khalil duduk semula. Seluruh mindanya terasa kelam. Bagaimana lelaki itu boleh begitu berani mengekorinya sampai ke kondominium mewah, untuk mengambil gambar-gambar tersebut. Kini bukan Mawar tapi dia juga menjadi mangsa.




Mawar menanti dengan sabar di luar pintu pagar rumah Randy. Dia mula mengekori kereta mewah yang baru sahaja keluar sebentar tadi. Kali ini Mawar sendiri akan berhadapan dengan Randy untuk menyelesaikan masalah pada malam itu. Dia terpaksa curi-curi keluar dari Pasaraya untuk menemui Randy.

Di lihat Randy membelok keretanya untuk memasuki restoren. Mawar memberhentikan keretanya mengekor Randy dengan tergesa-gesa.

“Sayan…?” Pang! Belum sempat Randy bersuara Mawar sudah menampar pipi Randy. Randy meraba-raba pipinya yang pedih. Semua pengunjung restoren memandang ke arah mereka berdua. Namun dengan wajah selamba Mawar duduk. Dia tidak hirau apa pandangan pengunjung terhadap sikapnya sebentar tadi, yang penting dia harus mengajar Randy cukup-cukup. Dia memang sayang Randy, tapi dia tidak sangka Randy sanggup mengunakan cara kotor untuk memilikinya, dikala dia tidak berdaya ketika itu.

“Sayang? Why Mawar?”

“Pasal kau, maruah aku dan keluarga aku ‘aib’! Kau kan yang hantar gambar-gambar pada malam itu pada rakan suhabat kau, yang sekarang ini sedang ugut aku dan papa aku?” soal Mawar menyinga di wajah. Mawar cuba menjerat Randy dengan soalannya, tak ada lagi ber’I’ ‘’You’ lagi.

 “Wait..wait… gambar apa? Rakan subahat apa ni sayang…?” Randy terpinga.

Mawar menoleh pengunjung lain untuk seketika. “Gambar aku dengan kau sewaktu kau rogol aku pada malam itu?”

“Karut. Tak kan I nak buat you macam tu, kan I dah janji dengan you malam tu yang I akan bertangungjawab semua yang I buat.”

“Habis kalau bukan kau yang suruh? Siapa? Hantu? Sudah lah Randy aku tak percaya dengan kau! Baik kau berterus terang aje semua. Kau jugak yang letak pil khayal dalam minuman aku kan? Kau pasti yang, kau yang rogol aku?” duga Mawar tanpa segan silu.

“Okay, I mengaku, memang I yang masukan pil khayal dalam minuman you, tapi masa itu I nak you jadi milik I, Mawar. Tapi bila I fikir-fikir balik kejadian malam itu, I rasa bukan I yang meniduri  you… tapi orang lain.” Randy tersenyum sinis.

Liar!” Mawar seperti terasa ditikam bila mendengar pengangkuan Randy. Dia seperti tidak mahu percaya.

“I Swear.. sayang. Tapi kalau I yang meniduri you pun apa salahnya, kitakan saling mencintai satu sama lain?”

“Aku tak semurah tu Randy. Kau serang aku dikala aku terdaya. Kau tahu, apa yang kau buat bukan atas kerelaan aku, tu namanya ‘R.O.G.O.L.’ kau tahu! Aku masih ada maruah untuk aku jaga walaupun aku kaki clubbing tu bukan pakej tuk aku buat perkara yang macam tu?”

“Ohh.. come on sayang! Jangan hipokrit, dah berpuluh-puluh perempuan macam you I kenal. Apa lagi yang ingin dicari di tempat-tempat tu kalau bukan untuk memuaskan nafsu masing-masing, Cuma you aje yang jual mahal. I tahu you pun nak!”

Hey, kau dengar sini baik-baik aku bagi kau satu lagi peluang. Baik kau ceritakan semua yang terjadi pada malam tu? Sebelum aku terpaksa mengunakan papa aku untuk selesaikan masalah ini.”

Randy menjadi pucat serta-merta bila Mawar menyebut perkataan ‘papa’. Siapa yang tidak kenal dengan Dato Khalil? Namanya sudah cukup mengentarkannya. Ini belum lagi dia sendiri berhadapan dengan tuannya. Banyak berita yang dia dengar tentang papa Mawar yang boleh membuat orang yang menganggu perniagaan dan keluragannya senyap, seperti hilang tanpa di kesan.

“Sayang… I swear, memang I cuba meniduri you dikala you tak berdaya, tapi bukan I. . Sewaktu you dah tak sedar, I cuba menguasai you, tiba-tiba I terasa ada orang hentak kepala I hingga I pengsan. Lepas itu I tak ingat apa-apa lagi. Apa yang I tahu I terdengar you menangis di tepi katil masa tu I tersenyum puas sebab you dah pun menjadi milik I bila melihat pakaian kita bergelimpangan dan hanya you dan I aje yang berada di kondo itu,” ujar Randy. Randy terpaksa menceritakan semua yang dirasa. Dia terpaksa, jika tidak pasti dia akan berhadapan dengan Dato Khalil.

Jauh di dasar hati Mawar ingin Randy orang yang bertangungajawab. Dia tidak rela berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenalinya! Dia mahu seperti mahu menangis.

“Mawar! Please jangan beritahu peristiwa malam yang I cuba meniduri you secara paksa pada papa you. Jika tak mati I nanti!” rayu Randy meminta simpati.

Mawar mendengus marah. Dia meraup wajahnya. Fikirannya kusut. Jika bukan kerana muslihat Randy untuk menakluknya pasti perkara ini tidak akan terjadi dan lelaki itu tidak mengambil kesempatan pada dirinya. Dia umpama terlepas dari mulut buaya tetapi terpaksa masuk mulut harimau.

“Baiklah, aku tak akan cakap dekat papa aku. Tapi aku nak kau jangan tengokkan muka kau lagi depan aku. Jika aku nampak kau lagi, kau pasti akan menyesal!” ugut Mawar.

“Tapi… macam mana dengan hubungan kita? I sayang you Mawar,” rayu Randy cuba memujuk.
“Kau tak dengar ke apa yang aku kata. Hubungan kita putus, aku tak nak ada kaitan dengan kau, kalau kau tetap tunjukkan muka kau depan aku, aku tak akan teragak-agak  libatkan pa…” belum Mawar berkata lanjut, dipotong oleh Randy.

“Okay…okay… apa yang you nak.  Terima kasih Mawar. I janji yang I tak akan muncul lagi depan you.”  

Mawar lega, terlepas dari Randy. Dia ingat Randy memang mencintainya tapi dia salah Randy sama sahaja dengan lelaki hidung belang yang suka mengambil kesempatan. Satu masalah sudah selesai, namun otaknya tetap berserabut bila mengenangkan lelaki itu. Siapa lelaki itu telah mencemarkan maruahnya dan berani mencabar papanya.



Mawar termenung dimejanya seorang diri. Dia mengambil keputusan tidak akan keluar makan tengah hari, hari ini. Sejak kejadian di pejabat tempohari seleranya mati. Buntu fikiran apa yang terjadi sebentar tadi, susah mahu dicernakan. Sambil membelek laporan yang dihantar Faiz sambil itu jugak jari-jemarinya lincah menekan butang-butang keybord di depannya. 

“Masuk!” Mawar tersenyum menyambut ketibaan Sally. Hilang sudah fikiran yang serabut tadi melihat lenggok Sally tak ubah seperti seorang super model yang sedang ber ‘catwalk’. Mentang-mentanglah cita-cita nak jadi super model hot suatu hari nanti.

“Hmmm… termenung nampak? Tak ada kerja ke, girl? Curi tulang. Lazy.

“Apa kau kata aku pemalas tak ada kerja. Tak nampak ke aku sedang sibuk buat kerja ni?” sanggah Mawar dengan usikan Sally tadi.

“Itu pun nak marah. Aku gurau aje tadi. Maklumlah orang tu dah jadi bos, tu pasal asyik nak marah-marah je”.

“Tak payah nak perli aku, ni yang buat kau muncul kat sini, ada apa?”

“Tadi aku ada appointment dengan klien tadi. Terlanjur kereta aku lalu kat sini tu yang aku singgah. Kenapa tak percaya?”

“Eleh..terlanjur kereta lalu sini konon, macam aku tak kenal kau, tak kan kau datang kat sini sekadar nak tengok aku?”

“Kau ni memang Mak Nujum lah tahu aje apa yang aku fikir. Aku nak tanya macam mana kes kau dengan Randy? Dia nak bertangunggjawab tak kat kau? Memang betul dia yang letak pil khayal kat dalam minuman kau malam itu?”

Mawar bangun dari kerusinya. Sudah dua hari dia memikirkan perkara tersebut. Sally menanti dengan penuh curiga.

“Memang dia yang letak pil khayal tu dan cuba meniduri aku, tapi bukan dia yang meniduri aku. Orang lain.”

“Macam mana kau pasti?” dahi Sally mula berkerut seribu.

“Aku pergi serang si Randy tadi, memang dia mengaku yang dia cuba buat jahat dengan aku, tapi segala hajat dia tak kesampaian.”

Macam manalah si Mawar ni boleh terima apa yang si Randy cerita kan kat dia, entah-entah si Randy tu saje reka cerita nak lari dari si Mawar ni! Si Randy tu bukannya betul habis madu dia sedut sepah dia buang merata-rata, omel hati kecil Sally.

“Mawar kau pasti ke? Dan kau percaya bulat-bulat apa yang dia cakap kat kau, lelaki macam tu mana boleh percaya sangat beb,” ujar Sally lagi.

“Aku dah pastikan dah, aku ugut pakai nama papa aku tadi. Pucat gila muka dia bila aku kata nak babitkan papa aku dalam hal kami tadi. Memang dia kata bukan dia yang lakukan, ada orang pukul dia dari belakang.”

“Come on girl!”

“Memang aku tak nak percaya, tapi kenyataannya memang bukan dia tapi orang lain. Sebab aku dan papa aku sendiri berhadapan dengan lelaki yang mengaku bertanggungjawab tuk semua yang dia buat.”

Sally lega sedikit mendengar kenyataan daripada Mawar. “Sekurang-kurangnya kau terlepas dari buaya buas,”

“Kau kata aku terlepas dari buaya buas sekarang ni aku dah masuk kat dalam mulut harimau buas kau tahu! Maruah yang aku jaga dah tergadai. Entah lelaki mana, aku pun tak kenal.” Marah Mawar bila mengenagkan ugutan lelaki yang tidak dikenali yang berani memcabar dia dan papanya.

“Tapi siapa lelaki itu, dan apa tujuan dia mengunakan gambar-gambar kau? Untuk apa dia perangkap kau kalau dia hanya bermusuhan dengan papa kau?” seribu persoalan sedang berbaris di benak Sally, tinggal di keluarkan sahaja persoalan yang berlegar-legar tu bila mendengar penjelasan dari Mawar.

“Kau ni kalau nak soal aku,biarlah logic sikit. Alangkah seronoknya aku kalau aku tahu sendiri jawapannya Sally. Yang pasti hanya lelaki itu yang ada jawapannya. Kenapa dia buat macam tu? Hanya dia yang boleh jawab soalan kau semua dan puaskan hati aku,” keluh Mawar buntu.

“Apa respon papa kau?”

“Papa aku macam biasa minta si Aidil siasat siapa lelaki tersebut. Tapi dia terlalu licik untuk dikesan. Tak seperti musuh-musuh papa yang ingin menjatuhkan kami.”

Sally bangkit menuju kea rah Mawar yang sedang termenung di hadapan tingkap mengyaksikan panaroma Kuala Lumpur.

“Maaf kalau aku terlebih bersoal jawab dengan kau, tapi aku nasihatkan kau supaya lebih berhati-hati. Biar pun siapa dia, aku pasti dia tak mempunyai niat tak baik.”

“Entahlah Sally. Bila aku fikirkan balik, aku tak boleh menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Aku yang salah. Kalau aku tak keluar malam tu dengan Randy dan korang mesti peristiwa tu tak berlaku.”

“Sabar Mawar, aku sentiasa ada kat sisi kau. Setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya. Aku yakin papa kau pasti akan menemui lelaki itu nanti.” Mawar mengangguk perlahan. Hatinya sedikit tenang setelah mendengar pujukan daripada Sally.

Sally memeluk erat bahu Mawar. Hanya itu sahaja yang boleh dia lakukan untuk menenangkan hati sahabatnya. “Dahlah, kau jangan nak buat bad mood dengan aku, penat-penat aku singgah kat sini tau. Jom kita keluar! Aku belanja kau makan. Sebab aku tahu selagi kau tak dapat jawapan memang tak lah makanan nak masuk kat dalam perut tu kan? Mengalahkan aku ber diet lak,” seloroh Sally sambil tersengih. Sudah lama mereka tidak keluar bersama sejak Mawar di suruh berkerja di Pasaraya milik keluarga sahabatnya. Mungkin dengan cara ini dapat mengelakkan Mawar daripada terus berfikir tentang masalahnya ketika ini.

“Tolong sikit, tak ada maknanya aku nak berdiet-diet macam kau, buat seksa badan aku aje kau tahu, “ sangkal Mawar dengan wajah yang sedikit di ceriakan.

“Ada aku kisah? Aku rasa kau patut bersyukur sebab aku seorang sahabat yang prihatin tentang pemakanan kau, tak macam sahabat-sahabat kita yang datang dekat bila kita ada ‘plus’ baru nak sibuk dekat dengan kita,” ejek Sally lagi. Dia memang sudah berkawan dengan Mawar sejak di belajar di luar negara lagi, pertemuan yang bermula dengan pergaduhan kini menjadikan mereka rapat.

“Okeylah… kau menang!” rungut Mawar sambil mengambil beg tangannya di atas meja. Dengan hati yang malas dia mengekori Sally dengan terhegeh-hegeh di belakang.




BERSAMBUNG.... ;D
 

Tuesday, November 19, 2013

kASIH SI KEMBAR BAB 32






Fika Farisya memeluk Hajjar Tija bagaikan tidak mahu dilepaskan. Lama dia dan mak angkatnya berpelukan. Megat Ihsan hanya mampu melihat kemesraan yang terjalin antara Mak Tija dan puteri bongsunya. Gaya mereka seperti nak berpisah berdekad-dekad tak akan jumpa kembali sahaja.

“ Sikit-sikit dahlah ibu, Fika.. Bukannya jauh Melaka dengan Kuala Lumpur. Nanti kalau rindu sangat Fika esok kau baliklah kampung tengok ibu aku. Dah lah ibu, ayah dah lama tunggu, kang membebel pulak ayah dekat ibu baru ibu tahu,” bebel Zafril. Macam tak jumpa lagi lepas nie, gerutu hati Zafril. Rimas pulak dia tengok ibu dan sahabatnya yang over tu.

Fika Farisya sudah melepaskan pelukkannya. Matanya sudah merah. Hajjar Tija turut mengelap air matanya. Berat sungguh hatinya hendak meninggalkan Fika Farisya seorang diri di rumah banglo milik Engku Habibah. Entah apa yang akan di jalani oleh anak angkatnya ini kelak.

Sayu hati Hajjar Tija, lebih-lebih lagi teringat kenduri doa selamat yang diadakan di rumah ini untuk menyambut kedatangan Fika Farisya, suasana begitu hambar. Engku Habibah langsung tidak turun ke bawah ketika majlis berlangsung.Kenduri doa selamat ini hanya dihadiri  oleh keluarga sahaja.

“Fika jaga diri baik-baik nak. Fika kena pandai bawak diri sekarang. Tanggungjawab Fika bukan sahaja pada diri Fika tapi semua isi dalam rumah ini. Mak sentiasa mendoakan kebahagiaan Fika walau di mana pun mak berada.” Sayu kedengaran suara Hajjar Tija. Dahi Fika Farisya dikucup lama.

Fika Farisya turut mencium kedua belah pipi mak angkat kesayangannya itu.

“Mak Tija pun sama jaga diri, jangan makan makanan berminyak, jangan minum air manis-manis nanti senyum Mak Tija manis susah nanti kalau Pak Hassan cemburu.” Seloroh Fika Farisya bergurau.

Tergelak Hajar Tija dan semua mendengar gurauan Fika. “Tengok kita risaukan dia, sempat lagi dia bergurau macam ni!” Hajar Tija sengaja membulatkan matanya. Dilihat Fika Fariysa menggenggam tangan dan mencium tangannya.

“Nanti ada masa Fika balik kampung jenguk Pak Hassan.” ujar Fika Farisya, lalu terus menyalam Pak Hassan, dicium tangan lelaki yang sebaya ayahnya itu dengan hormat.

Pak Hassan menepuk lembut bahu Fika Farisya.

“Kalau ada apa-apa masalah jangan lupa call atau sms Pak Hassan.” pesan Haji Hassan pada Fika Farisya yang sudah dianggap anak perempuannya.

Fika Farisya hanya mengangguk.

Fykha Arissa yang menjadi pemerhati sedari tadi, sudah berdiri sebelah Fika, dipeluk bahu adiknya.

“Fika… Ayah.. Pak long , Zaf hantar ibu dan ayah balik dulu. Nanti kita jumpa di ofis. Ingat pesan aku jangan selalu jadi kaki buli. Aku harap kau kuat.” Zafril berlalu bersama ibunya.

Langkah Zafril terhenti, dia berpaling semula ke arah Fika Farisya. Berkerut seribu dahi Fika Farisya melihat sahabatnya melangkah berjalan ke arahnya.

Zafril Zafuan yang tahu apa yang berada di dalam kepala sahabatnya hanya tersenyum dan terus melangkah ke arah si kembar. “Kau jangan nak perasan yang aku nak bercakap dengan kau, aku patah balik ini sebab orang dekat sebelah kau ini!

Sayang… I balik dulu. Nanti bila dah sampai I call you. Love you sayang, jangan nakal-nakal. Ingat I ada dekat hati you.” ujar Zafril Zafuan pada Fhkya Arissa lembut.

Fika Farisya yang mendengarnya mahu terasa muntah bila mendengar pertuturan bahasa yang di gunakan oleh sahabat baiknya. Terserlah bakat Romeo yang terpendam. Sebelum aku dengar ayat-ayat yang otak aku tak hadam baik aku sembur mamat jiwang ni dulu, omel hati Fika Farisya. “Woi… cair taik telinga aku dengar kau cakap macam ni. Seumur hidup aku tak pernah kau guna ayat ni dulu masa kau ayat awek-awek dekat sekolah dulu. Mana kau belajar haa… cer…cer..cite..cite kat aku!” sengaja Fika Farisya menekan perkataan awek-awek. Hatinya tersenyum melihat Zafril Zafuan membulatkan matanya.

“Kau ni.. Fika, mana ada aku  makwe masa kita sekolah dulu kau jangan nak buat cerita yang bukan-bukan erkk… kawan perempuan tu ramai lah termasuk kau!” sangkal Zafril Zafuan membela diri. Masak jika Fhyka Arissa termakan kata-kata si Fika, kang dia jugak yang susah mahu memujuk buah hatinya. Si Fika ni memang suka buat aku macam ni! Jaga kau nanti aku sekeh kau, Fika!

“Aku bukan apa Zaf, aku risau dekat kak Rissa ni, kakak aku ini lembut sangat. Tu yang aku takut kalau dia kena tindas tapi kau jangan risau aku akan jadi guru dia supaya dia tahu nak ajar lelaki yang tak setia. So kau hati-hati lah erkk…” tambah Fika Farisya lagi.

“Kau jangan buat cite Fika, kau kenal aku. Luar dalam kau tahu siapa aku kan?”

Sorry to say aku kenal kau luar sahaja erkk… dalam-dalam ni aku tak main biar kak Rissa aje yang kenal dalaman kau tu, tak ingin aku nak tahu!”

“Adik…”  Fhyka Arissa bersuara, merah pipinya di usik oleh adik kembarnya.

“Kenapa adik cakap tak betul ke? Kan tak lama lagi kak Rissa akan kenal si Zaf ini luar dan dalam…. “ Fika Farisya segera berlari ke belakang ayahnya sebelum di cubit oleh kakak kembarnya. Kak Rissa ni sejak dah bertunang mudah benar ketam dia menjalar bila di usik.

Fhyka Arissa mahu mengejar Fika Farisya tapi pergelengan tangannya di pegang oleh Zafril Zafuan. Ditepis lembut tangan Zafril Zafuan. Wajahnya menunduk malu. “Sayang… jaga diri, doakan I selamat balik dan pulang. I will call you toninght. I sayang you lebih satu dari Fika.” ujar Zafril lembut, lalu melangkah mendapatkan ibu dan ayahnya yang sudah berada di dalam perut kereta.  

Dari kejauhan  dan dalam remang senja, Megat Ammar dapat melihat Fika Farisya yang memakai baju kurung moden berwarna putih sedondon  dengan warna baju melayunya sedang melambai- lambai kereta yang keluar dari banglo kediamannya yang di pandu Zafril. Dilihat baju melayunya dipandang. Kenapa harus sama warna yang dia harus pakai, kalau ikutkan hati Megat Ammar, dia lebih rela berpakaian biasa sahaja tapi dilarang keras oleh papanya.

Isteri yang sedang berbual-bual rancak dengan ayah, papa, dan Rissa sempat lagi mengerling sekilas padanya. Megat Ammar tidak mengedahkan langsung kerlingan Fika Farisya yang menyakitkan matanya itu. Isteri? Betul ke minah tu isteri aku? Macam tak percaya pula Megat Ammar bila otaknya menyebut perkataan isteri itu. Namun bila teringat tentang wasiat dan akad nikahnya dulu sebelum isterinya berangkat belajar ke United Kingdom, terpaksa juga diterima, walau dengan hati yang berat bertan-tannya.

Megat Ammar berlalu menuju ke biliknya tanpa menghiraukan isterinya.



Fika Farisya memulas tombol pintu, dikuak pintu dari luar. Kaeadaan bilik itu, sudah berubah. Bilik yang dihuni oleh barang-barang terbuang aka tak terpakai lagi. Nampaknya barangan di dalam bilik itu semakin bertambah, banyak sawang lelabah. Dia menarik nafas sedikit. Masih diingat lagi sebelum majlis kenduri doa selamat berlangsung, dia tidak sengaja terdengar Megat Ammar memarahi Mak Leha di sebabkan menyediakan bilik di tingkat atas.

“Mak Leha kenapa kemas bilik ini? Mak Leha ingat dia akan tidur kat dalam bilik ini?” soal Megat Ammar.

“Mak Leha hanya ikut arahan Tuan Ilman. Tuan Ilman minta Mak Leha kemaskan bilik ini untuk Fika.” jawab Mak Leha.

“Dia tak layak duduk dalam rumah ini, kalau dia nak tidur pergi bagi bilik stor kat dia, dia bukan tetamu atau siapa-siapa dalam rumah ini! Lag…” belum sempat Megat Ammar meneruskan ayatnya, tiba-tiba Megat Ilman bersuara “Papa yang suruh Mak Leha kemaskan bilik ini untuk Fika. Lagipun Fika tu kan isteri, Amm. Yea pun Amm tak bagi dia duduk sebilik dengan Amm apa salahnya papa sediakan bilik untuk menantu papa.” ujar Megat Ilman.

Terdiam Megat Ammar sebentar. Pedih setiap butir bicara papanya. Hatinya mendengus geram bila papa selalu membela Fika Farisya. 

“Papa, Amm bukan apa. Tok wan pernah pesan dulu kalau dia duduk dekat sini, bilik sebelah Mak Leha yang akan di huninya. Papa lupa?” soal Megat Ammar tetap tidak mahu Fika Farisya menghuni kamar yang berhadapan dengan biliknya.

“Tapi Fika kan, isteri Amm?”

“Isteri hanya kat atas kertas aje papa, tak lebih dan tak kurang lagi pun kami kahwin atas dasar wasiat yang memang harus kami ikut kalau ikutkan hati Amm, Amm tak ingin nak kahwin dengan minah...”

“Minah kasar?” jawab Fika Farisya yang sedari tadi mendengar pentengkaran anak-beranak itu. Terluka hatinya bila mendengar setiap yang keluar dari mulut suaminya sejak dulu tapi di tahan untuk menjaga air muka papa, ayah, kak Rissa kalau tak dah lama dia lumutkan cili api kat mulut ‘mat besi’ ni, omel hati Fika Farisya.

Terkelu lidah Megat Ammar untuk berkata-kata bila melihat Fika Farisya di tepi tangan.

“Papa takpe Fika okay aje duduk kat sebelah bilik Mak Leha tapi Fika nak minta izin papa tuk make over dia bagi nampak macam bilik, boleh?” tanya Fika Farisya tanpa memandang Megat Ammar yang berdiri memerhatikan dirinya.

“Tapi..”

“Papa , Fika tak kisah, lagipun Fika dah cukup bersyukur sebab Engku Habibah dan Tuan Megat sudi bagi bilik bersebelahan dengan Mak Leha, ada jugak Fika kawan kalau lampu mati, lagi satu tak ada lah penat nak turun ke dapur nanti sebab dekat aje. Papa, Fika turun dulu. Jom Mak Leha,” ujar Fika Farisya. Tanpa menunggu lama dia terus mengajak Mak Leha, tangan orang tua itu di pimpinnya. Mak Leha yang tidak terkata hanya mengikut sahaja.

Tersentak Fika Farisya dari lamunan petang tadi akibat cicak di dinding. “Hissh.. cicak ini kang aku lastik kau dengan getah baru tahu! Nasib aku tak pegang getah kalau tak habis kaum kau aku lupuskan. Kau tunggu kedatangan aku malam khamis akan ku buru kau cicak walau sampai lubang dinding..huhu…

Fika Farisya duduk di atas tikar yang di hamparnya untuk tidur. Di renung jari manis yang kini sudah di huni cincin pemberian arwah mama Amm. Boleh ke aku anggap cincin ni cincin nikah ya… kedekut punya mamat besi cincin nikah sendiri pun tak boleh beli nak jugak pakai yang ‘kitar semula’. Tapi elok jugak dia bagi aku cincin ini, mana tahu nanti kalau aku, sesak-sesak boleh  jugak aku singgah kedai pak Ajak aka pajak gadai. Bukan  dia nak sangat pakai cincin ni tapi kerana terpaksa atas desakan papa dan ayahnya, kalau ikut hati dia tak nak pakai cincin ini biar dia nampak macam single not avaible. Hish.. apa yang aku merepek ini single konon sedar lah diri itu Fika oii kau tu isteri orang, gumam Fika Farisya sendirian.

Fika Farisya sendiri tidak pasti bagaimana perasaannya di kala ini, duduk serumah dengan Engku Habibah dan Megat Ammar, gembira? Jauh ikan bakar dari arang.Sedih? Mungkin juga, sedih kerana dia sudah terikat dengan cara sebegini. Tak ada sejarah untuk dia cipta cinta hatinya sendiri, tapi tidak dia sekali-kali menyalah takdir hidupnya yang telah tersurat untuk dirinya. Fika Farisya yakin akan kekuasaan Yang Maha Esa. Setiap ujian yang di turunkan untuk hambanya pasti ada hikmah di sebaliknya, DIA tidak akan menguji hambanya di luar kemampuan hambanya. 

Aku tak boleh mengalah, aku dah melangkah jauh. Aku harus kuat dan tak boleh berundur balik. Kalau dia bosan nanti mesti dia muak dan lepaskan aku. Lepas tu aku akan pergi dari kehidupan dia. Yang penting hajat arwah ibu dan mama Ainnur dah tertunai dan insya-Allah lepas ni hubungan aku dengan Mak Engku akan  bertambah baik, aku akan guna peluang ni untuk dekat dengan Mak Engku. 

‘Ibu, adik akan cuba tunaikan hajat ibu untuk melihat keluarga kita bersatu tak ada lagi benci di antara keluarga kita, adik yakin Mak engku akan dapat menerima kehadiran ibu dan adik nanti. Adik akan kuat ibu, jeritnya di dalam hati.

Fika Farisya sudah tersenyum sendiri. Dalam dia mengelamun, tiba-tiba lampu mati. Mak oiii… gelapnya. Mata sudah melilau melihat persekitaran, cuba mengesan cahaya. Macam mana rumah sebesar ini boleh blackout tak ada tenaga tambahan ke saat-saat genting macam ni. Kenapa lah time-time aku kat rumah ini dia blackout, mungkin ni sambutan kedatangan aku kat rumah ini… gumam hatinya.

Dengan malas, Fika Farisya terpaksa berdiri. Dia mahu mencari lilin atau lampu suluh. Fika terus bergerak ke tengah rumah mencari suis utama. Hish.. mana pulak suis ini dia orang letak menyusahkan aku aje kan senang kalau suis diletakkan di tepi pintu bilik tadi, sempat lagi dia mengutuk juruelektrik yang membuat suis di dalam rumah ni.

Namun dalam tangannya meraba suis lampu, bibirnya menyanyi perlahan. Andai ku tahu kapan tiba waktu ku, izin kan aku memohon hidup lah lampu ni.., nyanyinya terhenti akibat terdengar sesuatu.Derapan tapak kaki. Gulp! Ada hantu ke dalam rumah ni? Dah lah gelap, masa-masa macam ni kau jalan-jalan caari makan pulak. Otaknya ligat menyuruhnya lari. Zupp!! Berdesup dia membuat lariannya. Biasanya kalau di kampung di jarang takut entah sejak bila pulak dia jadi penakut! Mungkin sebab rumah ni besar sangat kot, omel hatinya sendiri. Dan lariaannya tu tidak sempat sampai ke biliknya, apabila tubuhnya telah merempuh tubuh yang lain yang dia sendiri tidak pasti objek apa yang dilanggarnya.

Hish! Aku langgar apa ni rasa macam rempuh konkrit besi aje? Sakit badan aku! Tengok aku sampai terjatuh macam nangka busuk kat lantai ni. Tapi kenapa lantai ni rasa lembut je? Mulut Fika Farisya membebel sendiri.

“Adoi!!! Sakitnya…”

Berkerut kening Fika Farisya sebaik mendengar  suara lelaki yang mengerang kesakitan.

“Hah! Tak kan dia kot? Tapi suara dia macam aku biasa dengarlah. Boleh lagi Fika Farisya menyuruh akalnya untuk berfikir soalan yang dituju kan pada diri sendiri.

You boleh ketepi tak, sakit tahu tak?” gerutu Megat Ammar.

Sepantas kilat, Fika Farisya  terus mengalihkan tubuhnya yang begitu sedap landing di atas tubuh mamat besi. Nasib! Suara tak menderhaka padanya kalau dia terkeluar ayat mamat besi pasti tambah berangin mamat ni.

Woii! You dah buta ke? Tak nampak orang?” sergah Megat Ammar geram.

Ini dah lebih betul mamat ni! “Amboi! Sedapnya bahasa mengata aku buta. Kalau kau tu rasa yang kau tak buta kenapa tak mengelak? Sedap betul mulut  kau mengata aku,” balas Fika Farisya.

Youu…”

“ Nanti..” tahan Fika Farisya. Sebelum mamat besi ni membebel baik aku  cari suis. Dia sudah bangun mendapatkan suis utama lalu terus ditekan dan rumah yang gelap gelita itu bertukar menjadi terang- benerang.  

Fika Farisya  terus menjengkilkan matanya  sebaik melihat Megat Ammar sedang mengusap-usap perutnya yang tertindih oleh tubuhnya tadi, ada sedikit kesan lebam di situ namun matanya hanya seketika cuma dan dengan muka selamba dia terus menuju ke arah dapur tanpa menghiraukan Megat Ammar yang sudah merenung ke arahnya seperti hendak menelan dia hidup-hidup.

Boleh tahan jugak rempuhan tadi. Memang kuat betul tulang –memulang aku ni? Langgar sikit terus lebam..Isyh.. isyh… nampak badan tegap tapi lembik sebenarnya, tak macho langsung! Sempat lagi dia mengutuk suaminya di dalam hati.

Langkah Fika Farisya terhenti mendengar suara lelaki cina. “Haloo.. ni mau letak  mana? Bole kasi cepat hali mau hujan nanti mayak susah  woo..”

Ni apahal pulak apek ni datang malam-malam macam ni? Siapa pulak yang hutang ah long ni? Nak kata aku yang berhutang rasa selama ni aku tak ada minta dekat Ah long lagi! Rengus hati Fika Farisya. Tanpa bertanya lebih lanjut Fika Farisya memulakan soal siasatnya.

“Apek..lu cari siapa? Ada orang utang sama lu ka? Siapa? Apek saya rasa lu salah lumah, lu boleh baliklah!” Selamba Fika Farisya menyuruh lelaki cina di muka pintu tu beredar.

“Waa.. Amoi lu manyak galang lah.. saya datang bukan mau kutip utang tapi kasi hantar ni balang.” ujar apek.

“Balang? Balang apa? Saya rasa tak ada orang oder lu salah ala….” Belum habis Fika Farisya menyusun ayatnya, Megat Ammar sudah berdiri di sebelahnya dengan wajah serius.

You masuk dulu, angkat semua barang yang dalam bilik bawah berdekatan dapur, bawak keluar. Lepas tu baru bawak masuk yang I order tadi.” Arah Megat Ammar pada lelaki Cina itu.

Fika Farisya bagai tidak percaya mendengar arahan Megat Ammar itu.

Erkk… baik pulak hati mamat besi ni. Dia suruh orang bersihkan bilik yang aku nak duduk sekali bagi perabot baru. Yeay! Tidur atas katil. Agaknya dia dah nak cuba terima aku kot sebab tu dia tolong bersihkan bilik tu. Ish, lain macam pulak degupan jantung aku ni, bisik Fika Farisya di dalam hati sambil tersenyum manis sendiri. Jarinya mengaru-garu rambutnya yang tidak gatal.

Megat Ammar  sudah mengerut dahinya sebaik sahaja dua orang pekerja lelaki Cina itu sedang mengangkat sebuah katil tilam bersaiz queen. Hhmm… setahu aku, aku order katil bersaiz single kenapa yang si apek ni bawak tilam bersaiz queen?

Wait…wait… letak dulu tilam tu.” Megat Ammar bersuara. Dia terus berjalan menuju ke arah pekerja lelaki cina, serta-merta tangannya digoyang-goyang.

“Apek.. ni bukan yang I order! Saya order single bed not queen! “ 

“Hayaaa… so macam mana sekalang? Mau kasi tukar ka?”

“Tu bukan kerja I, yang I tahu I tak order queen bed.” ujar Megat Amar. Kalau ikutkan hati tidak ingin dia menyusahkan dirinya sendiri untuk membuat ni semua tapi atas desakan dari papanya terpaksa dia mengalah. Mengalah tidak semetinya kalah.

Fika Farisya geram mendengar arahan Megat Ammar pada lelaki Cina itu mula terasa panas. Merah padam mukanya. Emmm.. kalau macam ni tak adalah aku nak jatuh hati dengan mamat besi dah lah macam besi kedekut pulak tu! Rasa aku nak jadi halimunan aje sekarang boleh senang aku cekik lelaki jahat ni biar terjelir lidahnya ke lantai. Selepas itu aku akan asah pisau tajam-tajam biar senang aku siat-siat daging dan tulang ,boleh di buat sup kemudian aku akan suruh si hitam kucing dan oren , kucing-kuncing kesayangan Makcik Senang jiran sebelah makan, biar padam muka dia! Gumamnya di dalam hati.

Hakikat yang sebenarnya di kala ini mahu membelasah orang sahaja. Kedua tangannya yang di bawa ke belakang di genggam menjadi penumbuk menahan rasa amarah yang teramat sangat. Arghhh… Jeritan yang hanya bergema di dalam hati.

Megat Ammar hanya membuat muka bersahaja walau dia perasan  akan perubahan riak wajah Fika Farisya itu. Perasan, dia ingat aku nak sangat buat tuk dia, ini pun dah cukup elok aku suruh apek ni tukar single bed kalau tak tidur kat lantai aje lah, sesuai sangat dengan kau, Fika Farisya. Lagi bagus kalau macam tu, gumam Megat Ammar dengan berlagak di dalam hati.

Fika Farisya turut perasan riak wajah mamat besi itu seolah-olah mengejek dirinya. Alah! Ada aku kisah, tak heranlah kau nak order single kea tau queen janji aku ada katil. Esok kalau aku dah ada duit aku sendiri pergi kedai perabot biar katil tu aku tukar jadi king size baru terbelalak mata kau tengok nanti. Baik aku blah dari sini!

Dengan wajah yang masam mencuka Fika Farisya terus menuju ke biliknya namun langkahnya terhenti apabila susuk tubuh yang sasa menuntup pintu biliknya.

“Tepilah, yang kau tercegat macam pak guard tak bergaji kat sini kenapa?” ujar Fika Farisya dengan nada geram. 

Megat Ammar yang sedang berpeluk tubuh sudah menghadiahkan senyuman yang cukup sinis buat isterinya. Isteri? Uwek! Serasa mahu terkeluar isi perut Megat Ammar setiap kali mengingatkan status perempuan yang kasar di hadapannya itu adalah isterinya yang sah.

Apalah masalah mamat besi ni macam bagus sangat. Entah apa yang hebat sampai si Syahrini gedik tu nampak dia ni hebat di mata gadis tu. Entah-entah mereka berdua ni sepsis yang sama memang tak suka tengok aku bahagia sikit!

You dengar sini baik-baik, bukak cuping telinga you tu besar-besar sikit, you jangan mimpikan I nak layan you macam isteri I. I cadangkan you pergi lah cari mana-mana lelaki yang sudi berkahwin dengan you, kalau dah jumpa bagi tahu I. I nak ucap tahniah sebab malangnya dapat you sebagai isteri dia nanti. Lagi satu you sematkan dalam kepala otak you biar system otak you tu terus program, you tahu tak betapa bencinya nak menengok you, rasa macam nak termuntah, nak pegang you buat I geli-geleman tahu tak,” bisik Megat Ammar di telinga Fika Farisya.

Berubah sendu wajah Fika Farisya, lama dia memandang wajah lelaki yang sudah 5 tahun menyadang status sebagai suami padanya. Dan , akhirnya dia mengangkat tangan kanannya dengan wajah meluat. Wajah sedih tadi terus bertukar selamba dia ingat aku akan sedih ke, tu hanya lakonan aku semata-mata biar nampak real nanti kalau aku sedih.

Sorry to say.. kau tu yang mimpi, baik kau pergi mandi bunga 7 kembang biar perasan kau mempunyai perasaan. Buang tabiat aku suka kat kau. Tak payah nak cari jauh-jauh bakal suami aku dia akan datang sendiri tanpa aku cari, aku tak heranlah! Cermin diri tu dulu jangan makan aji namoto lebih kau ingat aku ingin ngan kau ke? Kau jangan cakap geli bila pegang aku, aku lagi geli nak pegang kau tahu! Perasan lebih lak mamat besi ni! Uweakk!! Rasa nak muntah aku tengok kau macam pak guard tanpa gaji kat sini! Dah-dah tepi, tepi… sibuk aje terhegeh-hegeh berdiri depan pintu bilik aku!”  

Fika Farisya dengan muka tak berperasaan berteriak pada lelaki Cina yang sedang tekun memasang katil yang bersaiz queen di biliknya. “Apek, lu pasang macam biasa pasal bayaran dia saya akan tambah.” ujar Fika Farisya pada lelaki Cina tu.

“Hayaa.. mana satu mau dengar?” lelaki Cina tu bertanya jelas wajahnya yang blurr.

“Lu pasang macam yang saya suruh, jangan ikut cakap lelaki ini dia bukan siapa-siapa saya.”

Lelaki Cina itu melangkah ke dalam lalu mengarahkan dua orang anak buahnya memasang dengan cepat. Belum sempat Megat Ammar memberi arahan terdengar anak buah lelaki Cina, “Bos semua sudah pasang..”

“Bagus…bagus..” omel Fika Farisya perlahan. Setelah lelaki Cina dan anak buahnya beredar,  Fika Farisya dengan selamba badaknya terus menarik belakang kolar baju Megat Ammar dan terus ditarik keluar.
“Woi! Gila ke? Koyaklah baju aku nanti,” jerit Megat Ammar.

Fika Farisya dengan muka tak berperasaan dia melepaskan kolar baju Megat Ammar. “Maaf.. dah darurat, kalau tersentuh batal air sembahyang aku nanti,” jawabnya.

Dengan pantas daun pintu ditutup dengan kuat. Gedebum!!! Nasib baik Megat Ammar sempat mengelak. Jika tidak dah sah-sah esok akan timbul benjol di dahinya. Tu lah suka cari gaduh dengan si minah ni siapa suruh, kutuk hatinya sendiri. 





BERSAMBUNG .... ;D