FOLLOWERS

Wednesday, June 19, 2013

KASIH SI KEMBAR BAB 27



OLEH : FIKA NAJWA 


Fika Farisya sampai di pejabat hampir jam 10.30 pagi.Dia tahu,dia telah terlewat.Langkah kaki dilajukan untuk cepat sampai ke atas.Rasa terbatas pulak pergerakannya,entah macam mana di boleh pakai baju kurung sekarang patutnya dia pakai seluar slack baru boleh langkah besar-besar.Nafas yang agak megah ditarik dan dihembus.Nasib dia tidak menjadi setiausaha Megat Ammar gara-gara ayahnya,Megat Ihsan mendengar perbualan dia dan kakak malam itu, kalau tak mahu dia tahan mulut laser mamat besi berleter.Langkah Fika Farisya terhenti bila Dhia memanggilnya,dia menoleh ke arah meja setiausaha Megat Ammar sambil tersenyum manis.

“Cik Fika,Tuan Megat nak jumpa.”ujar Dhia.

 Senyuman manis yang diukir tiba-tiba, rasa hambar saja bila mendengar arahan dari Dhia tadi.“Hhmm..Dhia lain kali tak payah bercik-cik dengan saya,panggil Fika je.Terima kasih..”ucap Fika Farisya pada Dhia sambil menyenitkan matanya.

Di MIFA Holding ,hanya keluarga terdekat sahaja yang tahu perkahwinan Megat Ammar dan dia yang di langsungkan secara rahsia sebelum dia berangkat belajar ke UK.Fika Farisya menguak anak rambutnya yang terjuntai sebelum mengetuk pintu bilik Megat Ammar.

“Masuk,”jelas kedengaran suara Megat Ammar dari dalam.

Fika Farisya melangkah masuk ke dalam bilik Megat Ammar dengan perbagai-bagai persoalan yang timbul di benaknya.Ini mesti pasal aku lambat kot tadi tak pun fasal fail yang aku bawak balik,adoii kena tahan aje lah,desis hatinya.Dia pasti Megat Ammar tidak akan berjumpa dengannya kalau tidak ada perkara penting.Mati aku!

Fika Farisya masih berdiri di tepi kerusi yang di sediakan sambil matanya melirik pada Hakim yang ketika itu duduk di kerusi berhadapan dengan meja Megat Ammar.

“Fika,I dah bincang dengan Megat Ihsan dan Megat Ilman. I dah buat keputusan untuk menyerahkan projek pembinaan di Seremban pada you dan Hakim.Lagi satu you dan Hakim akan berjumpa dengan rakan niaga syarikat kita dari TH Shd .Bhd.You dan Hakim akan menyemak dan menyenaraikan syarikat yang layak untuk mendapat tender itu.”You ada apa-apa untuk diperkatakan?”soal Megat Ammar.

“Urmm.. dari tadi aku berdiri baru sekarang nak tanya pendapat aku,”omel Fika Farisya perlahan dapat masih dapat di dengar oleh Megat Ammar.

“Apa you cakap.I tak berapa dengar!”

“Eerr.. tak ada apa-apa.Okey kalau tak keberatan saya tanya?Kenapa saya yang terlibat bukan ini projek Encik Hakim seorang yang uruskan?”Tenang suara Fika Farisya bertanya.Macam dia tak tahu kenapa mamat besi ini bagi dia uruskan projek dengan si Hakim gatal ini,sebab kerenah rakan niaga yang cerewet lah,rungut Fika Farisya di dalam hati.

“As your boss,I’m of the opinion that you are yes or not competent.”Selamba Megat Ammar menjawab.

“Hmm…okey your are the boss,”ujar Fika Farisya bersahaja.

Kurang asam punya perempuan,aku ingat dia akan marah bila aku cakap macam itu.Gerutu hati Megat Ammar.

Okey,Kim you boleh keluar dan sediakan apa yang patut tentang projek itu.Fika I ada perkara nak bincang dengan you.”

Hakim bangun dan menyenitkan matanya ke arah Fika Farisya.Dia dah lama tertarik untuk berkenalan dengan Fika Farisya sejak gadis itu hadir di pejabat itu.Fika Farisya  menyedari kenyitkan mata dari Hakim ,tapi buat-buat tak nampak,pada Fika Farisya semua lelaki sama aje pantang nampak perempuan cantik mula lah keluar aura ‘Buaya darat’ nak memikat, salah orang kalau dia test market dia dengan aku.Ehh..aku kategori cantik ke?gerutu hati Fika Farisya,jelas di bibirnya terukir senyuman tanpa di suruh.

“Fika…”Megat Ammar bersuara sebaik sahaja melihat Hakim menutup pintu biliknya.

“You are late today.You tahu mesyuarat pagi tadi terpaksa di batalkan sebab fail yang you bawak balik? Are you aware?”soal Megat Ammar sambil memandang wajah Fika Farisya.

“Sedar cukup sedar yang saya lambat hari ini.Kenapa?”jawab Fika Farisya berani.

You tahu tengok jam tak bila you sepatutnya  berada di pejabat?Dan you boleh tanya I kenapa , you sedar tak you dah menyusahkan I dan orang lain gara-gara fail yang you bawak balik tu!”

“Saya rasa tak perlu Tuan Megat nak ingatkan saya tentang jam,saya tahu tengok dan saya akui yang saya memang lambat tadi dan terlupa nak minta Putri jemput fail itu ke rumah tadi pagi.Maaf!”ujar Fika Farisya.

You ingat sikit  you kerja dengan  siapa sekarang dan siapa bos!”Megat Ammar meninggikan suaranya.

“Saya tahu Tuan Megat atasan saya,tapi saya sebagai pekerja sudah minta maaf atas kecuaian saya.Saya rasa selama saya bekerja cuma hari ini sahaja saya cuai sikit.Saya minta maaf. Saya sebagai pekerja dan pemegang syer juga punya hak nak tegur Tuan Megat  kan?”dalih Fika Farisya.

You jangan nak tutup kesalahan you!”

“Laa..bila pulak saya tak mengaku,saya mengaku yang saya lambat hari ini sampai mesyuarat yang patut saya hadiri terpaksa di batalkan gara-gara fail yang di perlukan saya bawak balik.Saya cuma nak ingatkan Tuan Megat jugak harus pandai bezakan time kerja dengan peribadi.Tak perlu saya nak terangkan detail pasal ini,saya rasa Tuan Megat faham,tak perlulah Tuan Megat selalu nak mencari salah dan kesalahan saya.Kalau tak ada apa saya keluar dulu.”Fika Farisya segera keluar dari bilik Megat Ammar kalau lama-lama boleh jadi perang nanti tak pasal-pasal dia buat dosa pulak.Tanpa menghiraukan panggilan dari Megat Ammar Fika Farisya terus keluar dari situ.

“Arghh…”jerit Megat Ammar.Sakit hatinya melihat setiap kata-katanya di sangkal dan jika dia cuba mencari kesalahan Fika Farisya pasti gadis itu mengenakan dia balik.

Fika Farisya berjalan menuju ke biliknya sambil bibirnya mengomel tentang mamat besi.Kalau sehari tak cari gaduh dengan aku memang tak sah betul mamat besi itu ada aje kesalahan aku yang dia nampak tapi kesalahan dia tak nampak pulak…rungut Fika Farisya tanpa sedar dia telah melanggar seseorang,Fika Farisya yang terasa yang dia bakal jatuh menyembah lantai menutup matanya.

“Are you okey?”satu suara menegur Fika Farisya yang sedang menutup matanya.

Kerutan di dahi Fika Farisya jelas di wajahnya.Erk,kenapa aku tak rasa sakit?Patutnya aku dah jatuh ini!bisik hatinya.Dia membuka mata perlahan-lahan.Bulat matanya melihat wajah lelaki yang sedang memeluknya,wajah mereka rapat.Fika Farisya yang tersedar cepat-cepat merungkai pelukan di pinggangnya.

“Aku okey,terima kasih..”ucap Fika Farisya lalu ingin melangkah dari situ tapi di halang oleh lelaki yang menyelamatkannya.

“Well…well I jumpa you dekat sini! The world's smallest,”ujar lelaki di hadapannya. 

“Siapa kau?Aku kenal ke?”soal Fika Farisya.

“You ini memang tak boleh cakap lembut dengan I ke.”ujar lelaki itu.

“Siapa kau aku nak lembut-lembut?Kau ingat aku tak ada kerja ke dari layan kau!”

“Cepat you lupa I! Mari I tolong ingatkan you..”Lelaki itu di lihat melangkah dekat ke arahnya,terundur Fika Farisya ke belakang untuk mengelak dari lelaki itu.

I like you! Stupid, remember that's word, I hit you.”ujar lelaki itu seperti mengingatkan dia dengan seseorang.

“Kauuu…”

“Yup,me why?You miss me?,”seloroh lelaki di hadapannya.

“Tepilah..”di tolak badan sasa itu ke tepi,dan berlalu dari situ.Pening kepalanya kini, kenapalah dia berjumpa lagi dengan lelaki yang tak beradap itu lagi.

Lelaki itu  tersenyum melihat gadis yang di cari-cari rupanya bekerja di MIFA Holding rupanya,dia sendiri tidak tahu kenapa hatinya berdebar-debar bila berdekatan dengan gadis itu.Lain dari yang lain,ini mesti akibat penumbuk gadis itu sampai dia tidak pernah pun tidak memikirkan gadis itu.

“Tofan..”panggil Megat Ammar yang melihat semua babak yang berlaku sebentar tadi.Hatinya terasa panas saat pinggang Fika Farisya dipaut oleh rakan niaganya.Dia tahu Tofan hanya mahu menyelamatkan Fika Farisya dari jatuh tapi hatinya membahang,tapi cepat-cepat ditepis ke tepi kerana ego.Peduli apa aku dengan perempuan itu nak kena peluk ke nak kena cium bukan masalah aku!

Tofan yang mendengar namanya dipanggil terus menoleh ke arah suara itu.Dia tersenyum melihat Megat Ammar mengajaknya masuk ke dalam biliknya.Dia melangkah masuk ke dalam tapi terhenti melihat ada seorang gadis yang sama dengan gadis tadi tapi penampilan gadis ini agak berbeza  gadis yang di selamatkan memakai baju kurung dan mata gadis itu bermata coklat hazel,persoalan yang berlegar-legar di fikirannnya.Gadis yang berada di bilik ini tersenyum manis kepadanya tidak macam tadi masam ,dia yang masih blurr  membalas senyuman gadis yang berada di dalam bilik Megat Ammar.

Megat Ammar yang tahu sahabatnya pasti tertanya-tanya dan pelik,segera memperkenalkan Fyhka Arissa.

“Tofan ini Fyhka Arissa,Rissa ini Tofan rakan niaga kita yang akan berkerjasama dengan kita untuk projek di Seremban yang di uruskan Hakim dan Fika Farisya nanti.”

Fyhka Arissa menyambut huluran tangan Tofan tapi di halang oleh Zafril Zafuan.”Maaf bukan muhrim..”sampuk Zafril Zafuan sambil membalas huluran tangan Tofan.Fyhka Arissa yang melihat hanya mengeleng melihat perbuatan Zafril Zafuan yang cemburu bila ada siapa sahaja yang mahu berkenalan dengannya.

“Okey..”ujar Tofan,tapi matanya masih setia melihat gadis yang bernama Fhyka Arissa yang murah dengan senyuman.Dia berasa pelik kenapa cepat sangat perubahan gadis ini bukan muka gadis ini tadi masam mencuka,sekarang murah pulak dia senyum kat aku.

“Tofan sebelum itu aku nak bagitahu kau yang dekat depan kau sekarang ini Arissa,bukan gadis yang kau langgar tadi.Ini kakak kembar gadis yang kau selamatkan tadi dan disebelahnya tunang Arissa,Zafril Zafuan.”jelas Megat Ammar.

“Oooo… “hanya mulut Tofan sahaja berbentuk O.

Megat Ammar menekan intercom yang berada di mejanya.”Dhia tolong panggil Fika masuk ke bilik saya.”arah Megat Ammar pada setiausahanya.

Fika Farisya yang sedang khusyuk meneliti dokumen yang hendak di bawa sebentar nanti terganggu dengan lampu intercom yang menyala lalu di tekannya,kedengaran suara Putri setiausahanya.

“Maaf menganggu Fika,tadi Dhia kata bos dia nak jumpa kau sekarang.”beritahu Putri.

“Hmmm…mamat besi ini tadi kan aku dah pergi bilik dia,entah apa lagi dia nak,”rugut Fika Farisya perlahan.

“So,macam mana?”soal Putri.

“Okey,aku on the way ke sana,”seloroh Fika Farisya.

“Kau ini ada-ada aje lah.Cepatlah pergi kang melenting pulak bos Dhia tu,”Putri mengingatkan Fika Farisya.Dia senang berkenalan dengan Fika Farisya iaitu atasannya,Fika Farisya tidak seperti atasan lain yang sentiasa menitik beratkan panggil sewaktu berada di office tapi tidak pada Fika Farisya dengan semua staff dia mudah mesra dan di anggap seperti kawan.

Pintu bilik Megat Ammar terkuak dari luar,semua mata yang berada di situ tertumpu padanya kini.”Maaf Tuan Megat ada apa yang boleh saya bantu?”soal Fika Farisya tanpa menghiraukan kehadiran tetamu yang turut berada di bilik itu.Meluat Fika Farisya melihat senyuman lelaki di hadapannya ini.

“Adik,mari sini kak Rissa nak kenalkan dengan rakan niaga kita dari TH Sdh.Bhd.”ujar Fyhka Arissa.

Fika Farisya yang masih berat untuk mahu senyum terpaksa memberi senyum pada tetamu walaupun dia tahu senyuman dia hambar.

“Fika…,”perlahan memperkenalkan dirinya acuh tak acuh sahaja.

“Fika..Fika Farisya,”Tofan menyebutnya perlahan.

“Tak sangka,akhirnya I dapat tahu jugak nama you.Amm kalau you nak tahu,gadis ini yang aku cari itu.Lain dari yang lain.I like it..”ujar Tofan lagi.

Berubah muka Megat Ammar.Jantungnya berdegup laju tiba-tiba.

Zafril Zafuan dan Fyhka Arissa sudah berpandangan sesama sendiri melihat perubahan pada wajah Megat Ammar,bila rakan niaga mereka menyebut I like it pada Fika Farisya. Zafril Zafuan tersenyum sinis.

Padam muka kau.Masih nak nafi yang kau ada hati dengan bini kau.Sekarang kau rasa bini sendiri kena tackle dengan rakan niaga sendiri,aku nak tengok sejauh mana kau boleh lepaskan si Fika ini!Julang tinggi-tinggi ego kau tu Megat Ammar.gerutu Zafril Zafuan

Fika dah buat muka menyampah! Apa hal pulak mamat yang sorang ini nak kena penumbuk aku lagi ini,pasal hari itu tak berapa kuat kot.Sedap mulut dia aje nak ucap sesuatu,dia ingat aku suka bila dia kata ‘like’ perasan hensem lah itu.

“Maaf ,Encik Tofan dah kenal ke dengan adik saya?”tiba-tiba Fyhka Arissa bersuara.

“Tak saya tak kenal adik you,tapi I rasa macam I dah jumpa jodoh I dekat sini sejak I kena penumbuk adik you, I tak boleh lupakan dia sampai sekarang,”balas Tofan selamba.

Megat Ammar yang melihat Tofan cuba memikat isteri mula terasa bahang di dalam hati,tiba-tiba di berasa cemburu melihat tindak tanduk rakan niaganya yang terang-terang minat pada Fika Farisya.

Megat Ammar yang tengah marah dalam diam.Tak kuasa aku!Malas lagipun aku dah ada Shahrini yang jauh lebih cantik dari Fika Farisya.Aku bukan cemburu tapi aku meluat dengan si Fika Farisya yang gatal main jeling-jeling dekat bilik aku ini!Dia tak sedar ke yang dia masih bini aku lagi!Bentak hati Megat Ammar.

Fika Farisya yang perasan wajah Tuan Megat kelihatan merah akibat menaggung marah mungkin barangkali,tidak mahu berlama-lama nanti ada sahaja si mamat besi ini nak kaitakan aku dengan mamat yang perasan maco.Baik aku blah dulu.Hati Fika Farisya berbisik.

“Eerr..kalau tak ada apa lagi Tuan Megat,Encik Tofan saya keluar dulu.Kak Rissa..Zaf aku keluar dulu banyak kerja,”tanpa menunggu jawapan dari Megat Ammar,Fika Farisya terus berpusing keluar dari bilik itu.

Tengok perempuan ini memang nak kena lagi dengan aku.Aku tak bagi izin dia keluar boleh-boleh dia keluar macam itu aje.Alasan banyak kerja konon macam aku tak tahu dia nak elak dari aku,rugut Megat Ammar.

Fika Farisya sibuk menaip di komputer ribanya,Zafril Zafuan yang masuk ke dalam biliknya,dikerling sekilas dan menyambung kerjanya semula tanpa mempedulikan Zafril Zafuan  yang sudah duduk bertentangan dengannya.

“Sibuk ke buat-buat sibuk,”tegur Zafril Zafuan yang bosan menunggu Fika Farisya untuk bersuara.
Fika Farisya berhenti menaip.Dia mengurut-urut tengkuknya sambil menoleh pada sahabatnya.

“Kau tak ada kerja ke,Zaf?Asyik kacau aku aje kau dari tadi,kau tak tahu aku kena handle projek yang kat Seremban dengan si Hakim,mamat besi itu saja nak bagi aku kerja tak boleh tengok aku free sikit ada aje agenda dia,”ujar Fika yang tidak puas hati dengan tindakan Megat Ammar.

“Kau ini lagi tak tahu ke?Atau kau memang tak ada perasaan,yang laki kau cemburu kat kau!,”beritahu Zafril.

“Tak ada masa dia nak cemburu kat aku,”jawab Fika Farisya lagi.

“Tulah kau tak pandang muka dia waktu si Tofan itu kata dia suka kat kau,mahu merah padam aku tengok muka.”

Fika Farisya mendiamkan diri,matanya begitu asyik mengadap komputer ribanya,sambil tangannya kembali menaip.

“Fika,kau dengar tak aku tengah bercakap dengan kau ini.Atau kau pun dah jatuh cinta dengan mamat maco itu,’tebak Zafril Zafuan lagi.

“Kau jangan nak buat cerita,aku sekarang tak ada masa nak layan teori kau yang tak berapa nak betul itu,sekarang baik kau keluar dari bilik aku ini,sebelum aku panggil kak Rissa ambik kau kat sini,”ugut Fika Farisya.

“Amboi,main ugut aku nampak?Yea..yealah aku keluar sekarang tapi kau jangan lupa lunch nanti dengan kami orang.Ingat itu,kau kalau dah buat kerja mahu masa makan terabai,”pesan Zafril Zafuan sambil berlalu keluar dari bilik Fika Farisya.Belum sempat Zafril Zafuan menuntup pintu,langkahnya terhenti.

“Erre.. Zaf aku rasa aku tak dapat lunch dengan kau dan kak Rissa sebab aku nak semak plan ini lagi,esok pagi aku nak pergi ke Seremban ,tengok tapak projek itu”

“Kau pergi dengan siapa nanti?Nak aku hantar ke?soal Zafril Zafuan.

“Tak payah,kau jaga kak Rissa untuk aku aje dah cukup. Rasa aku akan pergi dengan kak Ann kot,”jawab Fika Farisya lagi.

“Hmm..okeylah nanti aku sampai kat darling aku!”jawab Zafril Zafuan selamba dan berlalu keluar dari biliknya.

Laju aje si Zaf ini melangkah tu tak nak aku laser lah tu,memang dah lain betul kau Zafril dah jadi mamat jiwang,berdarling-darling kau dengan kak Rissa erkk…bisik hati Fika Farisya yang senang dengan kebahagian kakak kembarnya.


BERSAMBUNG... ;D
 

Thursday, June 13, 2013

KASIH SI KEMBAR BAB 26

OLEH : FIKA NAJWA


Fika Farisya masih setia duduk di bilik pejabat ayahnya.Dia buntu dengan keputusan yang telah di buat sebentar tadi.

“Fika…”suara Zafril Zafuan tiba-tiba muncul.

“Masuklah,macam aku tak tahu mesti semua tertanya-tanya apa yang berlaku tadi kan?”sambung Fika Farisya tanpa menoleh ke arah pintu matanya asyik melihat cermin di hadapannnya.

Dia dengar pintu tertutup.Dia duduk disitu seperti patung.Dia tahu pasti ada ayah dan kak Rissa sekali.

“Sayang….,ayah risau tengok adik macam ini?Tok wan dan Amm ada sakitkan hati adik lagi?”Megat Ihsan memegang bahu anaknya,dia resah melihat wajah anak bongsunya yang diam dan tiada senyum di wajah itu.

Fika Farisya hanya membalas senyuman ayah.Dalam masa sekarang mood dia nak tersenyum sampai nampak gigi macam tak ada aura iklan ubat gigi lagi.Megat Ihsan sudah duduk di sebelah anak bongsunya.

“Adik share sikit apa yang adik bincangkan tadi dengan ayah,kak Rissa dan Zaf,kalau itu boleh meringankan beban kamu nak,kami sudi mendengar,”ujar Megat Ihsan perlahan sambil tangan anaknya digenggam.

“Adik kalau adik tak mahu kak Rissa boleh cakap dengan Tok wan dan Amm,”potong Fyhka Arissa.

“Adik dah setuju ayah,kak Rissa,”ujar Fika Farisya perlahan tapi masih di dengar oleh mereka yang berada di dalam bilik itu.

“Fika kau dah fikir masak-masak ke?”Cemas kedengaran suara Zafril Zafuan.

Hajah Tija yang menjadi pendengar sedari tadi menyampuk,”Fika,apa Fika dah fikir betul-betul sebelum buat keputusan macam ini.Mak Tija tak nak segala pengorbanan yang Fika lakukan ini sia-sia saja,Zaf dah cerita dekat kami kenapa Fika terima,Fika buat ini supaya hubungan Fika dengan Tok wan akan baik bukan?”

Fika Farisya sudah memandang wajah semua yang ada silih berganti dan terakhir matanya terhenti pada Zafril Zafuan.

“Fika dah rasa artis pulak sekarang tengah duduk dah kena serbu semua tanya Fika,nasib tak ada kamera dan microphone kalau tak mesti mantap angan-angan Fika ini,”ujar Fika  Farisya berseloroh perlahan.

Terbeliak mata Zafril Zafuan mendengarnya orang tengah risau boleh dia buat lawak dalam masa-masa macam ini.Boleh pulak dia keluarkan ayat yang tak berapa bernas itu dari mulut dia.

 “Woiii…Fika kau boleh lagi buat lawak tak berapa bernas kau kat sini erkk..kau tahu tak kita orang semua tengah risau dengan kau.Kalau ikutkan hati aku nak aje aku lumut mulut ka utu dengan cili api baru kau tahu!Keras suara Zafril Zafuan.

Megat Ihsan,Fyhka Arissa dan yang lain sudah ketawa mendengar pertengkaran antara Zafril,Fika Farisya juga tidak ketinggalan ikut gelak bersama-sama malah lebih tinggi lagi gelaknya.

“Mesti kalau kau bubuh cili api kat mulut aku akan tertulis di depan akhbar ‘Seorang Pemuda menyumbat cili api ke dalam mulut rakannya’,”usik Fika Farisya lagi.

Ha..haa…ha kau boleh gelak lagi ya,Fika!Gelak lagi kuat biar satu office ayah kau dengar yang kau gelak macam anak ponti.Tengok ibu dia boleh gelak lagi.Dia tak tahu ke yang dia nak kena kahwin dengan si Ammar,nanti dia orang buat penderaan kat kau,baru padan muka kau,”ajuk Zafril Zafuan geram.Dalam semua muka serius boleh-boleh pulak si Fika ini buat derk je.

Fika Farisya masih ketawa sambil tangannya menuntup mulut tanda tidak akan gelak lagi.Dia menunjukan dua jari tanda peace pada Zafril Zafuan yang menjeling tajam ke arahnya.

“Kalau dia orang dera aku,apa lagi aku telefon lah tele dera biar dia orang pulak kena dera,”balas Fika Farisya lagi.

“Adik..adik memang suka lari dari topik yang kita bincangkan yea,ada aje idea adik nak ceriakan suasana yang tegang.Adik,ayah tak kisah tapi ini tentang masa depan adik.Adik tahukan adik bakal menjadi isteri Megat Ammar kalau adik ikut apa yang dah tertulis dalam wasiat arwah maklong Ainnur dan ibu.”Megat Ihsan bersuara.

Fika Farisya diam,wajahnya kembali serius.Dia hanya mampu mengangguk apa yang ayahnya katakana sebentar tadi ada benarnya.Tapi dia buat macam itu,untuk menghilangkan resah yang sedang bersarang di dalam hatinya.

“Ayah..adik tahu,tapi kita tak boleh nak buat apa,kadang kala kita harus akur pada takdir yang dah tertulis untuk kita.Adik dah bersedia..”Perlahan Fika Farisya menyatakan pendapatnya.

“Memang sebagai orang islam kita kena akur pada takdir yang sudah tertulis,tapi Allah jugak suruh kita berusaha,bukan menerima sahaja takdir itu bulat-bulat.Ayah tak nak hati adik di lukai,ayah akan rasa menyesal kalau hati adik sekali lagi di lukai buat kali kedua,jika itu terjadi ayah rasa ayah bukan seorang ayah yang dapat melindungi anaknya dari di lukai ayah tak nak perkara ini terjadi lagi.Cukuplah kesilapan yang pernah ayah buat.

Adik mesti tahu yang Tok Wan tak bersungguh-sungguh hendak berbaik dengan adik,itu semua hanya lakonan supaya adik tunduk dengan segala kemahuan tok wan.ayah lebih kenal tok wan kamu,nak,”perlahan Megat Ihsan menasihati anaknya supaya membatalkan sahaja niat anak bongsunya.

“Fika,aku nak kau fikir betul-betul balik tentang perkara ini.Aku tak mahu kau menangis lagi,aku tak sanggup tengok jika itu berlaku.Kau kena gunakan akal untuk berfikir bukan perasaan.Please…aku yakin semua yang ada dekat sini tak setuju dengan apa yang kau buat ini.Kau sedang bermain dengan api Fika….”Zafril Zafuan tiba-tiba bersuara kembali.

Fika Farisya diam,dia tidak membalas cepat.Dia harus pandai memberi jawapan kenapa dia terima ini.Dia bangun dan melangkah ke depan cermin yang melihatkan panorama bandaraya Kuala lumpur di luar.

Zafril Zafuan rasa bersalah kerana banyak bersuara membantah rancangan Fika Farisya.”Fika aku bukan nak masuk campur dalam keputusan kau ataupun family kau,tapi bila aku tengok dia orang buat kau macam ini aku terpanggil untuk membela kau Fika.Aku kawan kau Fika aku tak suka kalau kawan aku terluka dan akhirnya akan menangis walaupun kau tunjukan pada kami semua,tapi aku tahu kat dalam hati kau yang kau dah lali menangis sendirian.Kalau ibu kau tengok keadaan kau mesti dia sedih tengok kau,tapi jujur aku katakan yang aku tak setuju dengan wasiat arwah maklong dan ibu kau ini,sebab kau ada kehidupan kau sendiri dan kau sendiri boleh corak.Semua pengorbanan yang arwah minta kau buat ini terlalu besar Fika,tapi aku yakin yang ibu kau mesti ada sebab buat semua ini tak mungkin dia nak kau bahagia dan dia percaya suatu hari nanti semua kasih yang kau tunggu pasti terbalas satu persatu.Apa jua keputusa kau, aku sebagai kawan sentiasa ada di belakang kau begitu juga dengan keluarga aku yang begitu sayang dekat kau.”Zafril Zafuan memberi pendapat.

Fyhka Arissa sudah mengeleng.

“Tak.. kak Rissa tak setuju,kalau adik setuju dengan wasiat arwah auntie Ainnur dan ibu ini, semua mengarut.Sampai bila adik harus mengalah dengan kehendak Tok Wan dan Megat Ammar?Sehari,sebulan,20 tahun?Atau sampai bila-bila dia harus menunggu kasih tak dibalas?Kebahagian apa kalau hati dia akan terluka lebih teruk dari sebelumnya.Adik nak seperti itu ke?Kalau adik jawab ya pada persoalan kak Rissa,rasanya adik ini memang kejam pada diri sendiri,sanggup adik lukakan hati adik sendiri,sanggup adik lihat air mata Kak Rissa,ayah dan orang-orang yang sayang adik selama ini!”luah Fyhka Arissa sambil dia mencengkam bahu adiknya supaya menghadapnya.

Fika Farisya menolak perlahan tangan Fyhka Arissa pada bahunya,matanya sudah berkaca tapi di tahan supaya tidak jatuh.

“Kak Rissa tak rasa apa yang adik rasa sekarang dan kak Rissa tak akan faham apa yang adik lalui selama ini.Kak Rissa tak akan fahan perasaan dan hati adik.Adik dah lama menderita bersama ibu,kak Rissa tahu tak?Menderita kerana terpisah dari Kak Rissa dan ayah terpaksa bertahan dengan kebencian yang Mak Engku lemparkan pada kita sekeluarga.Kak Rissa masih beruntung dapat membesar di dalam keluarga Mak Engku walaupun benci dia tak sehebat dia membenci adik dah ibu.Adik tak pernah rasa macam mana kasih ayah,sebab ayah sendiri masa itu sangat membenci ibu dan juga adik.Adik tak pernah dapat rasa dibelai,di pujuk oleh ayah bila adik kesedihan.Kak Rissa masih boleh memanggil Mak Engku dengan panggilan itu tapi adik..adik di haramkan menyebutkannya,pernah Kak Rissa dengar adik panggil Mak Engku dengan panggilan yang Kak Rissa panggil

Tak pernah Kak Rissa,tak pernah!Adik buat semua ini nak satukan keluarga kita nak tukar kebencian ayah dan Mak Engku supaya lenyap biar ibu tenang di sana dan tak akan menangis lagi,alhamdulilah doa ibu untuk melihat ayah sayang dengan adik,adik dah nampak tapi Mak Engku masih mengangap adik dan ibu hanyalah pembawa sial dalam keluarga dia.Tapi hari ini adik dapat tawaran dari Mak Engku yang mungkin kasih yang adik tunggu mungkin akan terbalas,mana tahu adik dapat satukan keluarga kita,mungkin juga adik boleh hapuskan segala kebencian Mak Engku pada ibu andai ini yang perlu adik lakukan,adik tak ada masalah lakukan pengorbanan berbanding memadam api kebencian yang dah lama bersarang  di dalam mata Mak Engku.Adik sanggup kak…”

“Tapi adik tahu,semua tu hanya angan-angan.Kak Rissa pasti apa yang Tok wan ucap pada adik semua itu tak ikhlas dan kasih yang dia nak hulurkan itu semua palsu..palsu.Adik tahu kenapa Tok Wan beria-ria mahu perkahwinan ini terjadi tapi adik tutup mata adik biar pun Zafril dah bagitahu dekat adik.Berbaloi ke adik lakuakn semua ini?Berbaloi ke,dik!,”jerit Fhyka Arissa.

“Ya!Pada adik itu dah cukup berbaloi kak Rissa.Adik tahu Mak Engku hanya ingin syer yang dah di wasiatkan oleh maklong tapi tak salah kalau adik cuba dengan cara ini walaupun adik tahu cara ini mungkin akan buat luka adik tambah dalam adik redha jika ini takdir adik.Adik tahu semua rancangan Mak Engku dan Megat Ammar,adik tahu!Tapi kalau adik tak ambil peluang ini bila lagi kita nak tengok keluarga kita bersatu kembali?Bila kak Rissa?

Selama 12 tahun adik tunggu pelaung macam ini.Siang malam adik dengar tangisan dan esakan ibu melihat keluarga kita tak bersatu.12 tahun adik menunggu.Walaupun hakikatnya tak seindah rupa yang adik dapat,tapi itu lebih baik dari terus-terusan menerima kebencian Mak Engku.Salah ke ayah?Pak Hassan?Salah ke cara adik ini!”air mata yang di tahan akhirnya mengalir jua.

Fhyka Arissa yang berada di sebelah adiknya terus memeluk erat adiknya.Di peluk adiknya yang sedang menangis teresak-esak.Megat Ihsan,Zafril Zafuan,Haji Hassan dan Hajar Tija turut sayu mendengar luahan hati Fika Farisya itu.Fhyka Arissa mengusap lembut bahu adiknya.

“Kak Rissa minta maaf,kak Rissa sayang adik sebab sayang kak Rissa tak mahu tengok adik menderita lagi.Kak Rissa tak sanggup tengok adik di perlakukan begitu.

Fika Farisya menolak perlahan tangan Fyhka Arissa yang sedang memeluknya,diperbetulkan duduknya.Wajah insan yang berada di situ di pandang kasih.Fika mengambil tangan ayah dan kakaknya digengggam erat.

“Ayah…Kak Rissa adik tahu ayah dan kak Rissa risau tapi adik yakin Tuhan itu Maha Adil,walaupun adik masih cuba untuk menghilangkan benci Mak Engku pada ibu dan adik sekarang tengok adik dah dapat kasih sayang ayah dan kak Rissa semula,bukan itu saja adik juga dapat kasih sayang dari Pak Hassan ,Mak Tija dan kau,Zaf yang selalu ambil berat pasal aku semua yang aku lalui pasti korang sekeluarga ada di sisi aku tika aku keseorangan,segala jasa yang Pak Hassan ,Mak Tija dan kau tak adapat aku balas.Terima kasih…terima kasih banyak-banyak aku sayang keluarga kau,ayah dan Kak Rissa.”Sebaik habis sahaja adiknya mengucapkannya,Megat Ihsan terus merangkul erat tubuh puteri bongsunya,bila mendengar luahan anaknya tu hatinya bagai tertusuk duri di rasakan dia seorang ayah yang gagal melindungi anak-anaknya.

Air mata di pipi Fika Farisya disapu bersih oleh jari-jemari Megat Ihsan.

“Ayah dan kak Rissa sentiasa ada di sisi adik sekarang dan kami semua akan sokong adik.Jika ini keputusan yang adik buat,ayah sokong walaupun ayah tak berapa setuju dengan jalan ini.Lagipun jika ini keputusan yang arwah ibu buat pasti dia lebih kenal adik dari ayah,ayah pasti ibu tak akan buat sesuatu jika ini tak akan membahagiakan adik.Ayah yakin itu,pasti ibu tahu apa yang terbaik untuk adik dan kakak.
Tapi ayah nak adik janji jangan sesekali rahsiakan apa yang Tok wan dan Ammar buat dekat adik,ayah nak adik tahu ayah dan Kak Rissa sentiasa akan lindungi adik dari terluka lagi,”Megat Ihsan memeluk kembali tubuh anaknya.Fhyka Arissa yang melihat turut memeluk ayah dan adiknya.Zafril,Haji Hassan dan Hajar Tija hanya mampu melihat penyatuan keluarga itu kembali.

“Adik janji! jawab Fika Farisya.

Lissa kalau kau tengok sekarang akak yakin kau pasti tersenyum melihat mereka kini,bertapa beruntungnya kamu mempunyai anak yang sangat nmenyayangi keluarganya,desis hati Hajar Khatijah sambil menyapu air mata yang mengalir.

“Fika…”Hajar Kahdijah menyampuk.

Fika yang berada di dalam pelukan ayah dan kakaknya cuba meleraikan dan matanya merenung sayu ke arah Hajar Khatijah.

“Ya..,”jawab Fika perlahan dan semua mata tertumpu pada Hajar Tija.

“Betul kamu nak kahwin dengan Megat Ammar?”soal Hajah Tija pada Fika,dilihat kepala Fika mengangguk.

“Kalau kamu dah kata macam tu Mak Tija nak kamu janji satu perkara dengan Mak Tija dan Pak Hassan.

Fika mengerutkan dahinya.”Janji?”Fika Farisya dan yang lain bertanya serentak.Hish,Mak Tija ini kalau minta janji mesti kena tunaikan ini kalau tak mau dia beri nasihat panjang nanti.

“Adik..”Fyhka Arissa menolak pintu bilik Fika Farisya,sejak dari airport lagi adiknya langsung tidak turun hanya berkurung di dalam bilik sahaja.Mata Fhyka Arissa melilau mencari adiknya di dalam bilik tapi kelibat Fika Farisya tidak di temuinya.Dia melangkah masuk ke dalam,di lihat adiknya sedang berdiri di bakloni merenung kepekatan malam.

Fhyka Arissa melangkah perlahan-lahan menuju ke balkoni.”Haaaaa…. termenung siapa tu?Ingat boy kat UK ke?”sergah Fyhka Arissa.

Fika Farisya yang mendengar sergahan itu tersentak,bayangan lalu yang bermain-main di fikirannya tadi hilang begitu sahaja.Hisy,kus semangat aku dengan kak Rissa ini kalau aku ada jantung mau out aku sekarang!Rungut Fika Farisya di dalam hati. 

“Kak Rissa!Terkejut tau!”omel Fika Farisya dengan manja.

“Mana tak terkejut kalau badan aje kat sini tapi fikiran kat tempat lain sampai kak Rissa masuk adik masih tak sedar,ini kalau perompak masuk mau habis barang kat dalam rumah dia orang ambik!”seloroh Fhyka Arissa sambil mencuit hidung Fika Farisya.

Fika mencebik bibirnya.

“Ahh..buatlah mulut macam tu,adik tahu tak kalau adik buat macam tu nanti mesti ada seseorang kiss adik,sebab nampak comel sangat,”usik Fhyka Arissa lagi.

“Kalau macam itu cuba Kak Rissa kiss sikit,”cabar Fika Farisya.

Cupp…satu ciuman singgah di pipi Fika Farisya.

“Adik ingat apa tu,sampai Kak Rissa masuk adik tak perasan?”soal Fhyka Arissa.

“Adik tengah fikir macam mana nak gerakkan gentera seterusnya.”jawab Fika Farisya sambil melangkah ke katil.

“Maksud adik?”

“Maksud adik nak buat plan macam mana nak berhadapan dengan suami yang tak nak hadap adik ini!Boleh ke dia tahan tengok muka adik yang cun ini,”seloroh Fika Farisya sambil membuat mimik muka yang di rasakan cun dan cantik.

“Eemm… dah ada caranya ke?”

“Kak Rissa jangan risau adik dah siapkan kelengkapan diingin…”

“Kelengkapan diingin?Maksudnya?”

“Mestilah diingin kalau panas mau adik hitam pasal terbakar nanti,”ujar Fika sambil ketawa.

“Adikkkkk….”Fyhka Arissa tersenyum,lalu perut adiknya dicucuk manja.Terjerit Fika Farisya dibuatnya.Akhirnya mereka sama-sama membalas dan ketawa.

“Adik..,”panggil Fyhka Arissa perlahan.

“Emmm…,”

“Adik ,are you hiding something from me?”soal Fyhka Arissa.Dia nampak adiknya seperti berpura-pura ceria. 

“Apa soalan yang Kak Rissa keluarkan ini?Adik mana ada sembunyi apa-apa,”dalih Fika Farisya.
“Fika boleh tipu ayah atau family Zaf,tapi bukan kak Rissa,adik kena ingat yang kita kembar ,apa yang adik rasa kak Rissa rasa.”Suara Fyhka Arissa sedikit tegas.

Fika Farisya mula serba salah,namun perlahan-lahan dia menari nafas perlahan.

“Adik tak ada sembunyikan apa-apa dari ayah dan semua orang.Adik cuma nervous aje nak masuk ke MIFA Holding,tu aje!,”

“Okey,kalau macam itu kak Rissa panggil ayah.Biar ayah yang cakapkan kat Tok Wan yang adik tak nak bekerja lagi kat MIFA Holding.”Fyhka Arissa sudah mengengsot ke tepi katil namun elok kakinya mahu mencecah ke lantai,Fika Farisya bersuara,”sebelum adik berangkat ke UK Mak Engku ada jumpa adik lagi,Mak Engku kata lepas aje adik balik semula ke sini dia nak adik tinggal dengan dia dan berkerja sebagai setiausaha Megat Ammar.Pelase..kak Rissa jangan bagitahu ayah,adik tak nak ayah bertengkar dengan Mak Engku lagi,”pinta Fika Farisya bersungguh-sungguh menahan Fyhka Arissa.

Fyhka Arissa menghampiri semula adiknya,tangan Fika Farisya digenggam.

“Tapi kenapa?Perkara ini ayah patut tahu lagipun buat apa adik berlajar di UK jauh-jauh tapi terpaksa jadi setiusaha Amm.Jadi sebab ini adik asyik berkurung di dalam bilik,sebab fikirkan macam mana nak sampaikan pada ayah?Betul kan?”soal Fyhka Arissa inginkan kepastian.

“Bukan…”bangkang Fika Farisya.

“Kalau bukan kenapa adik rahsiakan semua ini dari kami?Bukan adik dah pernah janji dulu segala yang bersangkut-paut tentang Tok wan dan Megat Ammar adik mesti bagitahu dengan kita orang bukan di pedam sendiri,atau kami tak penting buat adik?”

Fika Farisya mengeleng kepalanya.Perlahan-lahan Fika Farisya merebahkan kepalanya dibahu kakaknya. 

“Bukan adik tak mahu bagitahu tapi adik dah letih tengok pertengkaran yang tak ada penghujungnya ini,sejak dulu sampai sekarang adik hanya melihat pertengkaran demi petengkaran.Adik penat kak…penat tapi ibu selalu nasihatkan adik pasti ada hikmah untuk semua ini.Kak Rissa jangan risau.Rasa okey jugak jawatan yang Mak Engku bagi dekat adik tu boleh segala pergerakan Tuan Megat kita terbatas.”sempat lagi Fika Farisya berseloroh.

“Adik ini suka tukar topik!”tambah Fhyka Arissa.

“Kak… kalau adik say something kak Rissa jangan marah tau,”

“What..”

“Kak Rissa sekarang ini adik tengok tambah berseri aje,kak Rissa dah tak sabar erkk…”usik Fika Farisya.

“Dah..dah.. kak Rissa nak masuk tidur kalau di layan adik ini sampai ke pagi tak akan habis nak mengusik kak Rissa.Good nite..adik,”ujar Fyhka Arissa bangun dan cepat-cepat melangkah ke pintu.
Fika Farisya hanya memandang kelibat kakaknya yang keluar dari biliknya.Dia tersenyum melihat kakaknya tak akan tahan dengan usikan darinya.Selepas kelibat kak Rissa hilang dari pandangan Fika Farisya,dia terdengar pintu biliknya di ketuk.

“Siapa?Kak Rissa ke?”tanya Fika Farisya sambil bangun melangkah ke pintu.

“Kak Rissa.. tak paya..”belum habis ayat yang mahu di sampaikan,pintu bilik sudah di tolak dari luar.Jelas wajah ayahnya kini.

“Ayah,adik…”Pantas Megat Ihsan memotong dan melangkah masuk ke bilik anaknya.

“Ayah..masuklah.Kenapa ayah tak tidur lagi ini.”ujar Fika Farisya sambil menarik tangan ayahnya.
“Ayah nak cakap sesuatu dengan adik.”riak wajah Megat Ihsan serius.

“Boleh apa saja untuk ayah adik cuba jawab.”seloroh Fika Farisya cuba menuntup debaran di dalam hatinya.

Megat Ihsan sudah duduk di tepi katil anaknya.”Adik kenapa rahsia perkara ini dari ayah?Adik dah janji walau apa pun perkara adik akan bagitahu ayah,tapi kenapa adik pedam sendiri?”

“Aya…”Fika Farisya tidak dapat bercakap kerana tangan Megat Ihsan menyuruh dia diam.Hmm.. dah macam Mak Engku pulak ayah ini main angkat-angkat tangan.Mana kuah kalau tak tumpah ke nasi,gerutu hati Fika Farisya.

“Adik ayah nak tegaskan dekat sini yang adik tak keseorangan lagi adik ada Kak Rissa dan ayah!Atau adik tak dapat maafkan ayah lagi?”

Fika Farisya mengeleng.”Bukan..bukan macam itu ayah.Adik tak nak ayah gaduh lagi dengan Mak engku lagi biar lah adik ikut aturan yang dah mak engku minta lagi pun bukan susah pun jadi setiausaha.Bukan adik sengaja rahsiakan dari ayah,maaf kalau itu buat ayah terasa.Adik tak bermaksud nak kecikkan hati ayah atau nak belakangkan ayah.Adik tak nak ayah gaduh lagi adikkk…”Fika Farisya tidak mampu untuk meneruskan ayatnya,terus menyembamkan wajahnya ke dada ayahnya,dipeluk erat tubuh Megat Ihsan.Jelas kedengaran esakkan kecil.

Megat Ihsan turut membalas pelukan anaknya dengan erat.”Adik jangan risau ayah tak akan benarkan siapa-siapa sakiti hati anak-anak ayah.Tolong kali ini cuba dengar kata-kata ayah,benarkan ayah membela nasib adik.Ayah sendiri akan jumpa Tok wan dan berbincang.Tapi ayah nak adik tahu ayah tak akan benarkan adik untuk tinggal bersama-sama Tok wan,ayah cukup kenal tok wan kamu.

Jangan buat ayah macam ini lagi nak,jangan bagi ayah berasa lagi bersalah.Jangan bagi ayah bawak rasa bersalah ayah ni sampai ke liang lahad.Janji dengan ayah walau apa pun jua masalah, ayah nak adik  jangan pedam.Adik  ada ayah yang sentiasa di sisi adik sekarang.Ayah sayang anak-anak ayah.”rayu Megat Ihsan sayu.

Fika Farisya merenggangkan pelukannya.Air mata yang mengalir dipipi ayahnya diusap sayang.
“Ayah jangan cakap macam itu.Adik minta maaf pasal rahsiakan perkara ini!Adik janji!Adik janji tak buat ayah macam ini!”ujar Fika Farisya. 

Wajah anak bongsunya dipandang.Air mata yang menitis di pipi anaknya dilap perlahan.

“Janji yang adik tak rahsiakan apa-apa lagi dari ayah mahu pun kak Rissa.Adik tak keseorangan nak,adik ada ayah,adik ada kak Rissa yang penting kita dah bersatu kembali.”

Fika Farisya tidak mampu untuk berkata apa-apa hanya kepalanya di angguk-angkuk.Terus dia menyembamkan wajahnya ke dada ayahnya dengan air mata yang mula mengalir kembali.Fyhka Arissa yang tidak jadi melangkah ke biliknya sejak tadi melihat percakapan ayah dan adiknya turut melangkah menyertai mereka.Tubuh adiknya dipeluk erat dari belakang.

“Sabar..sabar sayang ayah pasti kita semua akan bersatu seperti yang diimpikan oleh ibu.Ayah tahu anak-anak ayah kuat..kuat macam ibu,bisik Megat Ihsan rapat di telinga anaknya.

*****

Megat Ammar masuk ke dalam biliknya dengan wajah yang serius.Punggungnya dihenyakkan atas kerusi kulit yang berwarna hitam.Diraup kasar rambutnya.

Berangin betul dia pagi ini.Mana tidaknya sekembalinya dia dari mesyuarat,Dhia selaku setiausahanya memberitahunya yang Fika Farisya tidak dapat menyertai mesyuarat kali ini.Bila di minta fail yang di perlukan untuk mesyuarat pagi tadi tidak berada di bilik Fika Farisya.Menurut Puteri,Fika Farisya telah membawanya balik semalam.

“Kalau ya pun dah tahu nak datang lambat,janganlah bawak fail tu balik,kan menyusahkan aku dan orang lain.Tengok sekarang mesyuarat terpaksa di batalkan gara-gara fail tu!”gerutu Megat Ammar.

Sejak Fika Farisya mula bekerja di MIFA Holding sejak sebulan lalu.Megat Ammar sering baran ada sahaja perilaku Fika Farisya yang tidak kena dimatanya.Dalam Megat Ammar marah-marah,pintu biliknya di ketuk.

“Masuk…ada apa Dhia?”soal Megat Ammar pada setiausahanya yang muncul di muka pintu.

“Maaf Tuan Megat,saya nak cakap yang tadi cik Fika baru sahaja sampai.Nak saya sampaikan kat Cik Fika yang Tuan Megat nak jumpa dia?”ujar Dhia pada Megat Ammar.

Megat Ammar tidak menjawab dia sekadar mengangguk kepalanya tanda ya!



BERSAMBUNG.... ;D